Monday, March 30, 2009

Perihal singgah sebentar di Myspace dan aku jumpa ini

Mungkin Myspace adalah sedikit kolot bagi kelompok yang sangat menyanjungi laman Facebook, tapi aku sangat sukakan Myspace kerana terdapat banyak para pemusik yang jarang kamu dengar di corong radio. Selain itu, banyak jugak item yang jarang kamu lihat (rare) yang boleh diperolehi di laman Myspace.

Hari ini, aku luangkan sebentar masa di Myspace dan aku jumpa ini:

Tunggu saja untuk lihat sama ada baju tersebut bagus atau tidak kualiti cetakannya. Kain fabrik sudah bagus kerana mereka menggunakan kanvas dari Hanes Beefy-T. Cuma aku mahu lihat kualiti cetakannya terutama bagi full-printing desain seperti yang ini. Oh ya, baju ini di desain oleh Possessed Remains dan untuk edisi yang ini di edarkan oleh Straight Record. Akan rilis pada 6 April 2009. Jadi, buat pra-tempahan kamu.

Dan aku juga terserempak dengan satu laman profil myspace yang sangat gila seks yang berjudul Mr. Rex. Oleh itu, kepada para gadis myspace sekalian, berhati-hatilah menayang belahan dada dan betis kamu itu. Banyak abang-abang sangap yang menatap gambar-gambar aksi ghairah kamu itu. Haha. Salah sendiri kerana meletakkan gambar yang sebegitu horny di laman sosial seperti myspace.

Friday, March 27, 2009

Perihal aksi wanita cantik yang terlalu menghairahkan

Jika kamu rasa Prisa Adinda ataupun lebih dikenali sebagai Prisathecutedevil di laman Youtube sudah cukup hebat dengan permainan semula (cover play) lagu Lamb Of God dengan gitarnya, aku ada seorang lagi gadis yang cukup hebat dalam permainan semula lagu Lamb Of God dan juga lagu-lagu berat yang lain.

Ini Prisa Adinda dengan permainan semula lagu Lamb Of God (Hour Glass)


Mungkin dia masih belum cukup terkenal seperti Prisa, tapi aku sangat kagum dengan kemahirannya bermain lagu-lagu berat seperti Lamb Of God dengan set drumnya. Nama si gadis cantik tersebut adalah Febby Tan. Sebelum pergi dengan lebih lanjut, apakata kamu lihat terlebih dahulu permainan semula Febby lagu Lamb Of God - Hour Glass dengan set drumnya dalam video di bawah:



Tapi, aku paling suka permainan semula Febby Tan bagi lagu Letters To you dari Finch. Aku sangat teruja setiap kali dia menghempaskan drum stick tersebut pada setiap crash.



Dan dia baru saja berusia 18 tahun. Aku sangat kagum dengan kemahiran teknikalnya bermain drum lebih-lebih lagi dia adalah seorang perempuan. Kelmarin aku ada menyiasat lebih lanjut lagi mengenai perihal Febby Tan ini. Dia merupakan seorang pelajar dalam jurusan desain grafik. Sekarang, aku sangat cemburu dengan kemahiran grafik dan kemahiran dia dalam bermain drum.

Mudah-mudahan saja Febby Tan tidak akan sesat seperti Prisa Adinda yang bermain metal tapi mengeluarkan album pop. Haha. Tapi aku rasa tidak ada salahnya. Selamat Sukses Febby Tan!

Kalau kamu rasa kamu sudah jatuh cinta dengan skill Febby Tan, nah kenali lagi dia lebih lajut di laman-laman sosial dia:

Febby Tan on FRIENDSTER
Febby Tan on YOUTUBE
Febby Tan on DEVIANTART
Febby Tan on BEHANCE
Febby Tan on FACEBOOK

[terima kasih kepada: IronePunx.com]

Wednesday, March 25, 2009

Perihal senyap seketika

Dalam mode hiatus.
Tidak mempunyai sebarang minat untuk dikemaskini di laman blog ini.

Saturday, March 21, 2009

Perihal Pergaduhan paling seksa yang pernah aku lihat



Tukang ambil video memang mempunyai bakat besar untuk menjawat karier sebagai juruhebah sekaligus merangkap tukang ambil video secara separuh masa. Disamping itu, tukang ambil video turut berbakat besar mejadi seorang batu api. Mampus =.=

Dan tagline beliau "ha nie boleh masuk youtube nie" dan juga ketika kecemasan tagline beliau adalah "jauh skit kng kena aku".

Memang mulut Mak Cik Bedah. Run!

Friday, March 20, 2009

Perihal sebenarnya cuti sekolah adalah mimpi indah

Mimpi. Memang indah dan mengasyikkan, tapi malangnya cuma bersifat sementara. Itulah sebab mengapa aku simpulkan cuti sekolah itu, sinonimnya dengan mimpi indah terutama bagi orang seperti aku. Haha. Aku dah bazirkan beberapa detik masa dalam hidup aku semasa cuti sekolah tanpa berbuat apa-apa yang berfaedah. Sangat loser bukan?

Tapi itulah hakikat hidup. Kadang-kadang apa yang kita rancang tidak semuanya akan berlaku seperti yang kita impikan. Sekarang baru aku percaya yang "Manusia merancang, Tuhan menentukan". Satu konsep yang mempunyai makna skop yang besar.

Biarlah. Aku baru sahaja jumpa salah satu sebab mengapa kamu patut sokong PPSMI. Baca karangan di bawah:



Kalau kamu tidak gelak guling guling membaca karangan di atas, mesti ada sesuatu yang tidak betul dengan kamu. Aku jumpa di laman blog orang lain. Simpan dalam folder dan buat-buat lupa dari mana aku ambil imej di atas. Kalau ada tuan empunya, jangan malu untuk memberitahu aku supaya boleh terkenal sikit blog kamu nanti.

Sekian, terima kasih kerana sanggup membuang masa emas anda di laman ini.

Tuesday, March 17, 2009

Perihal bukan Pesta Seks Bebas, tapi Miri Rock City Charity Gig 09



Charity Gig, ataupun dalam bahasa Melayunya Persembahan Amal. Maksudnya, wang yang diperolehi dan dikutip dari persembahan yang diadakan akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan.

Miri Rock City Gig adalah acara yang dianjurkan oleh Komuniti ArtClick yang kamu boleh bersua dengan kami di alam maya melalui laman forum kamekseni.com.

Bagi aku, ini adalah sesuatu yang sangat positif dalam scene musik di Sarawak khususnya di Miri. Mungkin di Kuching sekarang para pengiat musik bawah tanah ini sedang panas. Masakan tidak jika setiap bulan ada-ada saja satu ataupun dua event yang dikelolakan. Mungkin tidak hebat seperti di seberang sana. Tapi ini sudah cukup bagus sebagai permulaan.

Dan di Miri, Sarawak acara-acara sebegini mungkin sedikit sepi. Tapi mudah-mudahan dengan inisiatif sebegini para pengiat musik bawah tanah di sini sudah mulai bangun dari lenanya.

Berbalik kepada Miri Rock City Gig, acara ini akan diadakan di Dewan Suarah (halls yang besar untuk kamu semua mosh) pada 10 April 09 pada pukul 7.30 p.m sehingga tamat majlis. Dan tahniah kepada Awang KhairulAqmal, penulis di laman Cabikmotion atas daya usahanya untuk membangkitkan scene musik di Miri.

Dan aku sedikit kecewa kerana tidak dapat menghadiri acara ini kerana ketika ini aku berada di Kuching, Sarawak. Dan tiada cuti pada 10 April. Apatahlagi ketika ini sedang sibuk menelaah pelajaran bagi menghadapi peperiksaan besar tahun ini. Ya, walaupun nakal tetapi belajar oke!

Di Kuching, Sarawak pun tidak kurang hebatnya. Lihat saja acara-acara yang telah dilaporkan oleh E-majalah ILoveKuching, Kuching Indie Rebel, Disharmonic Movement dan juga Borneo DIY Hardcore Punk.

Cuma kekangan masa saja yang menghalang aku. Haha. Mungkin selepas tamat zaman persekolahan tahap menengah aku akan cuba mengorak langkah.

Orang Miri, boh kitakorang lupak datang kelak oii! Nang gila best event ya pok! haha

Monday, March 16, 2009

Perihal bukan Konsert Akademi Fantasia 7, tapi Waktu Bumi dan Pemanasan Global


Mungkin kamu telah tahu perihal Kempen Earth Hour ini. Tapi aku juga tahu yang masih ramai juga masih tidak ambil peduli tentang kempen sebegini. Aku merupakan seorang yang bukan sahaja mempunyai semangat patriotik pada negara sendiri, malahan terhadap bumi pun aku punya rasa patriotik. Dan aku rasa, kamu semua pun patut mempunyai rasa patriotik pada muka bumi yang kamu pijak sekarang.

Seiring dengan modenisasi dan proses urbanisasi, semakin ramai manusia lupa terhadap kesan-kesan proses pertamadunan ini terhadap alam sekitar. Dan dalam tidak sedar atau separa sedar, pengunaan serta penjanaan elektrik pada masa kini sedikit sebanyak telah menyumbang terhadap pemanasan global. Jika kamu ada belajar Pelajaran Geografi pada tingkatan 3, kamu pasti tahu bukan tentang kesan-kesan pemanasan global terhadap manusia. Begitu juga sekiranya kamu menumpukan perhatian terhadap pelajaran guru Biologi di bawah PPSMI ketika tingkatan 4, kamu akan sedar betapa proses ini menganggu ekosistem bumi bukan?

Jadi, itulah misi Kempen Earth Hour di mana kamu diberi dua pilihan untuk mengundi. Padam lampu anda jika anda sokong bumi dan biarkan lampu anda dibuka untuk menonton Akademi Fantasia 7 pada malam sabtu 28 Mac ini yang sekaligus menandakan bahawa anda menyokong pemanasan global.

Pernahkah kamu mendengar pepatah melayu "Sepakat membawa Berkat"? Dan itulah juga misi kempen ini. Aku suka perkataan ini yang terdapat di laman sesawang mereka "None of us are as powerful as all of us". Jika hanya seorang sahaja yang berjuang, masakan kita boleh mencapai kejayaan bukan? Apakata kamu tonton dahulu video di bawah ini.



Persetankan siapa diri kamu, apa bangsa kamu, apa warna kulit kamu dan apa-apa sahaja yang bisa membezakan diri kamu dengan orang lain. Apa yang penting, kita sedang berpijak pada tanah yang sama iaitu bumi. Oleh itu, marilah kita sama-sama menutup lampu selama satu jam pada 28 Mac ini bermula pada pukul 8.30 pm hingga 9.30 pm. Satu jam bukanlah satu masa yang lama. Mungkin kamu hanya ketinggalan setengah jam untuk menonton Konsert Akademi Fantasia 7. Tapi bukankah ada siaran ulangan. Dan selamatkan bumi adalah lebih penting bukan?

Aku rasa, cukup sekadar ini sahaja untuk aku petik. Kamu boleh baca serta menyatakan sokongan kamu pada kempen ini di laman rasmi mereka: Earth Hour Vote. Dan aku percaya pilihan terletak di tangan kamu. Ini merupakan perihal yang patut kamu kisahkan. Bukan buat tak endah.

p/s: Aku juga memadamkan lampu pada blog ini. Sama-sama kita menukar latarbelakang blog kita kepada warna hitam :)

Saturday, March 14, 2009

Perihal "Laman web muat turun media yang aku suka"


Mungkin entri kali ini ada berbaur haram sedikit. Tapi bagi golongan seperti aku benda ini sedikit makruh sahaja. Berbalik kepada tajuk, hari ini aku ingin kongsikan beberapa lama menyedut dan memuat turun album lagu dan mp3 secara gratis(percuma).

Mungkin alasan percuma adalah tidak munasabah kerana kamu masih perlu bayar bil elektrik dan screamyx kamu. Jadi, anggap saja sedikit murah.

Kebanyakkan laman yang aku senaraikan dibawah mempunyai citarasa musik yang aku suka. Mungkin laman-laman muat turun media di bawah tidak menepati citarasa kamu. Akukan suka bunyi-bunyi renut yang ganas sedikit. Jadi, bagi peminat mawi, siti nurhaliza dan akademi fantasia 7 sekalian ini mungkin bukan untuk kamu.

Baiklah, cukup bercakap (enough said!) di bawah ini aku senaraikan laman-laman tersebut beserta dengan alamatnya sekali. Rajinkan diri melawat mereka. Mungkin kamu suka:

1. Alternative2Punk
Aku sangat suka laman ini. Sangat kemas susunannya dan senang bagi para pelayar maya seperti aku untuk mencari apa yang mereka kehendaki. Selain daripada menyediakan muatturun cetak rompak, laman ini turut memberi sedikit informasi berkenaan album serta artis tersebut. Bagi para artis bawah tanah, ini sudah cukup bagus.

2. When Panthers Attack
Aku sangat suka desain laman ini. Minimalis dan sangat kemas. Tiada deskripsi yang panjang bagi sesuatu album. Cuma senang bagi kamu untuk memuat turun lagu-lagu tersebut dengan klik pada muka album artis tersebut.

3. Entre Horizontes
Laman ini banyak menyediakan renut-renut lagu berunsurkan rock dan alternative rock yang trend kininya dipanggil "Indie Rock" bagi kalangan muda-mudi abad21. Tapi, yang paling aku suka laman ini menyediakan alamat muat turun melalui mediafire. Aku sangat gila suka dengan mediafire kerana khidmat mereka yang ringkas, tidak banyak iklan dan tiada masa menunggu yang lama bagi pengguna biasa. Tidak seperti rapidshare yang kadang-kadang tahi.

4. Irfan Arsandi Site!
Salah satu laman kegemaran aku untuk memuatturun album-album dan mp3 yang aku suka. Banyak artis-artis yang aku tidak kenali dan tidak pernah aku dengar aku dapat kenali dan dengar melalui laman ini. Kan aku dah kata, laman sebegini sangat positif bagi artis bawah tanah kerana senang mengetahui kamu melalui laman-laman sebegini. Kita bukannya Miley Cyrus ataupun Jonas Brothers untuk keluar di kaca Kapitalis Disney.

5. Hardcore & More
Boleh aku kata yang kebanyakkan band-band berunsur hardcore yang aku dengar aku mula ketahui dari laman ini. Baik, kamu boleh panggil aku poser tapi siapa kisah? Siapa kamu untuk diskriminisi sama bunyi? Tapi laman ini memang bagus. Ombie memang bijak dalam mengatur lamannya ini. Banyak jenis genre lagu dan bunyi renut yang kamu boleh perolehi dari laman ini. Terutama yang belum pernah kamu dengar lagi.

6. Noise Corporation
Aku suka lama ini kerana mereka menyediakan khidmat muat turun melalui laman mediafire. Sangat menarik. Walaupun kelihatan sedikit serabut tetapi banyak jenis-jenis genre yang kamu boleh perolehi dari sini. Aku mula mengenali nintendocore melalui laman ini. Sangat menarik.

Baiklah, sekadar itu saja yang mampu aku kongsikan. Kalau boleh, sekiranya kamu jumpa album-album artis kamu sudah dengar dan kamu rasa lagunya sangat bagus maka belilah. Kerana indahnya kita mendengar apa yang dimuat turun adalah tidak sama dengan apa yang kamu dengar dengan menggunakan wang kamu sendiri. Percayalah!

Friday, March 13, 2009

Perihal "HUJAN Live At Planet Hollywood"

Aku merupakan peminat mereka juga suatu ketika dulu. Mungkin sekarang dah jarang dengar, tapi aku tetap juga menyokong perjuangan mereka ini. Kembali kepada tajuk entri, aku jumpa benda haram ini di laman Youtube.

Tapi tukang upload video mungkin terlupa mencipta playlist player untuk video-video ini supaya memudahkan tukang lihat video menonton tanpa perlu klik satu persatu video tersebut. Oleh kerana aku terlebih rajin pada hari ini, maka aku membantu untuk membuat playlist tersebut. Nah, tonton!



Dapatkan di pasaran. Beli lah yang original. (mungkin? haha)

Thursday, March 12, 2009

Perihal portfolio yang telah siap


Aku telah meluangkan/membuang sedikit masa bagi menyiapkan portfolio kerja desain aku seperti di atas yang kamu boleh akses dengan klik: HxppyDesign; Banner Ads Design Portfolio.

Cari makan sedikit di samping keperluan internet dan luar internet yang semakin bertambah. Tapi masih kekurangan grafik bergerak untuk ditunjukkan di laman tersebut. Kalau kamu berminat boleh lah hubungi aku di "Contact Page".

Aku sedang kepenatan bermain dengan kode HTML & CSS hari ini. Masa untuk berehat dan teruskan ulangkaji pelajaran bagi matelajaran terakhir buat peperiksaan Progresif Pertama esok.

Tuesday, March 10, 2009

Perihal Terroris bangsa. Ganas? Kejam?



Aku masih tak faham kenapa perlu dipertikaikan bahasa apa yang perlu diguna pakai dalam sistem pembelajaran masa kini di Malaysia. Aku suka video ini. Mungkin sebab dia menggunakan lagu Sex Pistol yang berjudul Anarchist pada permulaan lagunya. Sangat ngepunk!

Aku juga ketawa sinis melihat video ini. Seperti kata pakcik yang pertama, Jepun yang maju pun tak pakai bahasa Inggeris. Dan aku ingin tanya kembali, Jepun sangatkah orang Malaysia? Kalau di wikipedia malaysia pun artikel masih dalam rating 10,000 jangan mimpi nak jadi Jepun. Wikipedia Indonesia lagi maju dengan jumlah 100,000 lebih artikel yang dibahasa Indonesiakan. Jadi, baiki dulu perkara tersebut dimana untuk membahasa Malaysiakan pelajaran Sains dan Matematik, cuba kamu terjemahkan semua artikel Inggeris di Wikipedia kepada bahasa Malaysia baku. Kalau ya, memang Jepun! Hait ! Arigato Gozaimas !!

Dan juga aku tidak paham apa kaitannya Bahasa Malaysia dengan peratusan peperiksaan anak-anak mereka. Kalau prestasi mereka menurun, maksudnya anak kamu sudah mula pandai bermain di dalam kelas dengan permainan bercakap melulu dan meraba pelajar wanita. Bukannya salah bahasa kerana bak kata pepatah "Mahu seribu daya, tak mahu seribu alasan?" Bukan? Jadi jangan salahkan bahasa tapi salahkan diri sendiri terlebih dahulu.

Aku rasa orang kita terlalu taksub dengan sejarah di mana suatu ketika dulu Bahasa Melayu (yang kini jadi Bahasa Malaysia) pernah menjadi lingua franca (kalau kamu pernah belajar sejarah di tingkatan 2).

Dan rusuhan serta demonstrasi bukan lah satu jalan penyelesaian yang bagus. Demonstrasi sekadar kata-kata semangat menghina mencaci serta merasa diri sangat hebat adalah sekadar sampah kerana "action talk louder than words" kata orang putih. Jadi tolong buktikan bahawa memang sebenar-benarnya bahasa Melayu itu boleh.

Dan aku juga benci bila pendidikan dijadikan medium politik. Aku sangat benci apabila isu pendidikan dijadikan salah satu agenda hitam mereka bagi mempolitikus rakyat. Aku tidak menunding jari pada mana-mana ahli politikus. Tapi tolonglah rasa apa yang pelajar sekarang rasa.

Jikalau suatu ketika dulu sangat jomheboh menukar pelajaran Sains dan Matematik kepada bahasa Inggeris sila tetapkanlah niat kamu itu. Jangan pula ketika kami dah suka, pakar serta berkebolehan bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik, kamu menyiksa pula kami kembali untuk menghafal terma-terma saintifik yang telah kamu Bahasa Melayukan.

Dan tolong jangan guna Agama sebagai medium hitam agenda politikus kamu. Tak takut neraka?

p/s: dan terima kasih kepada pembuat video kerana guna lagu Sex Pistol. Haha

Sunday, March 8, 2009

Perihal Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul



Selamat menyambut hari Maulidur Rasul. Jangan sekadar menyambut kerana orang lain menyambut. Tapi hayati sambutannya.

Rasulullah adalah idola hidup aku. Lagu di dalam video di atas bertajuk ""Your Face Is Bright" daripada Raihan. Sama-samalah kita menghayati sambutan Maulidur Rasul bagi yang beragama Islam.

Kepada yang lain, selamat berbahagia bercuti :)

Saturday, March 7, 2009

Perihal minggu peperiksaan yang sudah bermula


Dan aku masih belum sedar lagi kepentingan belajar untuk peperiksaan.
Gambar ikhsan daripada: 5 Terbilang Blog

Thursday, March 5, 2009

Perihal "25 perkara yang aku benci mengenai FaceBook"



Ketika melintas di blog KNizam, aku terjumpa video yang sedikit menarik ini. Video mengenai FaceBook dan aku rasa benda yang diluahkan oleh si pembuat video memang seperti apa pandangan aku terhadap facebook. Terlalu moden. Eh, terlampau moden. 25 lagi sebab mengapa aku kurang (sekali lagi, kurang. Bukan tidak) menyukai FaceBook.

Jika terdapat rakan-rakan kamu yang selalu membuat perkara-perkara di dalam video tersebut, maka kongsikan video ini bersama si dia. Mungkin dia akan suka :)