Saturday, June 20, 2009

Perihal Berita sebenar bukanlah pada akhbar dah televisyen. Pedulikan media massa



Aku rasa media massa zaman sekarang semakin giat memaparkan berita-bertia yang negatif.
Iyalah, makin negatif berita tersebut makin manusia suka. Lumrah manusia.

Tapi, dalam tidak sedar berita-berita negatif tersebut telah banyak mempengaruhi hidup kita. Contohnya semakin kita bercakap pasal rempit dan ragut makin banyak berlakunya rempit dan ragut kerana apa yang kita fikirkan itulah yang berlaku - Hukum Tarikan. Begitu juga dengan benda² negatif lain.

Oleh itu, sama-sama kita jauhi diri dari berita dan juga surat khabar. Ianya bukan sumber yang sebenar. Ianya sumber yang boleh menjatuhkan molekul-molekul positif dalam diri kamu.

So Media, SHUT UP!

Monday, June 15, 2009

Perihal Hukum Tarikan



Hukum Tarikan. Manusia dan semesta merupakan vibe energy. Setiap vibe energy kita, adalah apa yang kita tarik dari vibe energy disekelilingnya. Jadi, apa yang kita fikirkan, adalah apa yang akan berlaku.

Dan bersyukurlah kerana ianya berlaku. Untuk ini, atau yang lebih baik lagi.

Monday, June 8, 2009

Perihal Lari dan lipat belakang, abang!



Free run and backflips brothas!

Thursday, June 4, 2009

Perihal Konsep bersyukur

Konsep bersyukur:
  1. Aku bersyukur kerana masih punya tuhan yang satu untuk aku luahkan setiap beluku hati.
  2. Aku bersyukur kerana kerana punya ibu bapa yang memahami.
  3. Aku bersyukur kerana kerana punya keluarga yang bahagia.
  4. Aku bersyukur kerana punya fizikal yang sempurna.
  5. Aku bersyukur kerana masih lagi diberi peluang menyedut udara segar di bumi.
  6. Aku bersyukur kerana masih lagi boleh berjalan, bercakap, berteriak seperti orang normal.
  7. Aku bersyukur kerana dapat makan makanan yang sedap-sedap.
  8. Aku bersyukur kerana masih lagi dapat minum air yang pelbagai.
  9. Aku bersyukur kerana masih punya teman yang peduli dengan aku.
  10. Aku bersyukur kerana masih lagi dapat online facebook, myspace, friendster, blog dsb tiap-tiap hari.
  11. Aku bersyukur kerana masih ada lagi perempuan kiut yang mahu cakap kosong dengan aku.
  12. Aku bersyukur kerana masih lagi dapat menaip.
  13. Aku bersyukur kerana dapat lagi melihat dan membaca tulis-tulisan.
  14. Aku bersyukur kerana masih lagi dapat bercakap dengan kamu semua.
  15. Aku bersyukur kerana ada wang yang cukup buat masa ini.
  16. Aku bersyukur dapat tinggal di rumah yang selesa.
  17. Aku bersyukur kerana masih lagi dapat mandi air yang bersih.
  18. Aku bersyukur kerana ada bakat aku yang terendiri.
  19. Aku bersyukur kerana semua orang sayang aku.
  20. Aku bersyukur kerana masih boleh pegang kucing hari-hari.
  21. Aku bersyukur kerana dapat lagi melihat gadis-gadis comel setiap hari.
  22. Aku bersyukur kerana masih lagi dapat dengar lagu-lagu yang indah dari yang lembut ke keras.
  23. Aku bersyukur kerana masih lagi ada pencuci muka, syampu, pisau pencukur,shaving foam dan ubat gigi untuk digunakan esok hari, lusa dan tulat.
  24. Aku bersyukur kerana dapat kuasai ilmu yang orang lain jarang mahu peduli.
  25. Aku bersyukur kerana punya otak yang kreatif dan bijak.
  26. Aku bersyukur kerana masih lagi dapat mengawal emosi dengan betul.
  27. Aku bersyukur kerana masih punya peluang untuk memperbaiki kesilapan.
  28. Aku bersyukur kerana streamyx masih boleh digunakan setiap hari.
  29. Aku bersyukur kerana masih ada banyak lagi baki kredit masa berbual dalam handphone.
  30. Aku bersyukur kerana hari-hari dapat lihat senyumana kedua ibu bapa.
  31. Aku bersyukur kerana masih lagi di jalan yang benar.
  32. Aku bersyukur kerana masih lagi diberi peluang berinjak di atas sendiri.
  33. Aku bersyukur kerana aku masih lagi diberi peluang untuk menaip perihal yang sekalian kali ini.
Sebabnya banyak lagi benda yang kita dah peroleh serta nikmati dalam hidup. Tapi jarang kita ada kesedaran untuk bersyukur terhadap sesuatu. Bila kita ditimpa masalah dan musibah kita mula mencaci sumpah seranah hidup dan takdir tuhan. Tapi kita sering lupa untuk bersyukur kepada tuhan atas apa yang dia dah bagi.

Kita sebenarnya terlalu ego. Penting diri sendiri. Sigh =.=