Tuesday, March 10, 2009

Perihal Terroris bangsa. Ganas? Kejam?



Aku masih tak faham kenapa perlu dipertikaikan bahasa apa yang perlu diguna pakai dalam sistem pembelajaran masa kini di Malaysia. Aku suka video ini. Mungkin sebab dia menggunakan lagu Sex Pistol yang berjudul Anarchist pada permulaan lagunya. Sangat ngepunk!

Aku juga ketawa sinis melihat video ini. Seperti kata pakcik yang pertama, Jepun yang maju pun tak pakai bahasa Inggeris. Dan aku ingin tanya kembali, Jepun sangatkah orang Malaysia? Kalau di wikipedia malaysia pun artikel masih dalam rating 10,000 jangan mimpi nak jadi Jepun. Wikipedia Indonesia lagi maju dengan jumlah 100,000 lebih artikel yang dibahasa Indonesiakan. Jadi, baiki dulu perkara tersebut dimana untuk membahasa Malaysiakan pelajaran Sains dan Matematik, cuba kamu terjemahkan semua artikel Inggeris di Wikipedia kepada bahasa Malaysia baku. Kalau ya, memang Jepun! Hait ! Arigato Gozaimas !!

Dan juga aku tidak paham apa kaitannya Bahasa Malaysia dengan peratusan peperiksaan anak-anak mereka. Kalau prestasi mereka menurun, maksudnya anak kamu sudah mula pandai bermain di dalam kelas dengan permainan bercakap melulu dan meraba pelajar wanita. Bukannya salah bahasa kerana bak kata pepatah "Mahu seribu daya, tak mahu seribu alasan?" Bukan? Jadi jangan salahkan bahasa tapi salahkan diri sendiri terlebih dahulu.

Aku rasa orang kita terlalu taksub dengan sejarah di mana suatu ketika dulu Bahasa Melayu (yang kini jadi Bahasa Malaysia) pernah menjadi lingua franca (kalau kamu pernah belajar sejarah di tingkatan 2).

Dan rusuhan serta demonstrasi bukan lah satu jalan penyelesaian yang bagus. Demonstrasi sekadar kata-kata semangat menghina mencaci serta merasa diri sangat hebat adalah sekadar sampah kerana "action talk louder than words" kata orang putih. Jadi tolong buktikan bahawa memang sebenar-benarnya bahasa Melayu itu boleh.

Dan aku juga benci bila pendidikan dijadikan medium politik. Aku sangat benci apabila isu pendidikan dijadikan salah satu agenda hitam mereka bagi mempolitikus rakyat. Aku tidak menunding jari pada mana-mana ahli politikus. Tapi tolonglah rasa apa yang pelajar sekarang rasa.

Jikalau suatu ketika dulu sangat jomheboh menukar pelajaran Sains dan Matematik kepada bahasa Inggeris sila tetapkanlah niat kamu itu. Jangan pula ketika kami dah suka, pakar serta berkebolehan bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik, kamu menyiksa pula kami kembali untuk menghafal terma-terma saintifik yang telah kamu Bahasa Melayukan.

Dan tolong jangan guna Agama sebagai medium hitam agenda politikus kamu. Tak takut neraka?

p/s: dan terima kasih kepada pembuat video kerana guna lagu Sex Pistol. Haha

4 comments:

  1. owh, yes!
    satu-satunya senjata pihak pembangkang ialah sensitiviti orang Melayu terhadap sesuatu perkata; agama,bahasa,hak bumiputera dll. setiap isu yang diperjuangkan orang Melayu akan diiringi dengan laungan Allahuakbar. Kalau kau nengok perarakan PPSMI, ada sepanduk yang aku sik nampak gilak tulisannya tapi ada perkataan ' Sunnah '.

    sistem demokrasi dekat Malaysia siklah se-demokrasi negara barat sebab hak bersuara sememangnya terbatas. pantang salah cakap, dikata kurang ajar. Ibu bapa akan menyalahkan kerajaan atas perlakuan anak sidak walhal pendidikan seseorang ya mula daripada rumah.

    takbir Allahuakbar, takbir Allahuakbar
    sekali lagik isu semasa dicampur adukkan dengan fahaman masing2.

    uh.. x tauk gi apa mok ditulis.. masalahnya ialah sensitiviti orang Melayu kedirik.

    ReplyDelete
  2. ok. hal tok nang setju satus patus lah.
    kalo dah tauk akan jadi mcmtok knk gago ilak nak tuka jadi english at the first place kan. haha. so now dah kelam kabut buk nak gago.
    and da juak nok padah, cg pendalaman/pedalaman(mana2 la) , sik pande ngaja lam basa bi. why dont cdak anta cg nok moden kat cnun, cg nok sik pande aja bi ya anta ke banda lateh semla. sik ptt sik pat nak? biak gik dalam sebulan pat baja omputeh sampe da org jual buku learning English in one month. haha. sik yah gago sal grammar pa suma ya. asal pande jak bah speking. haha. bnyi tang bodo la , tp, dpd cdak hanya menghubung kait kan hal ya dalam peratusan makah menurun n stuffs kan?
    haha. anak muda nektok, mun sal dalam sumpah menyumpah, nang akan guna word basa bi. sikda pun cdak nak nyumpah kdk bitch ya anjing betina nak? haha.
    rsa nya dah out of topic la katak sesat tok.. XD
    lebh baik mengundurkan diri.
    salam~

    ReplyDelete
  3. hahaha. yeah man.sorry post ni panjang. haha

    i agree that we can't compare ourself with the japanese. diorang tu dari nenek moyang dah traning. at the end of the day it's the attitude yang determine whether someone would be succesful or not.

    bangang ah.. sebab most mathematical term pun diorang ambil dari bahasa inggeris. tapi nk kata nak memartabatkan bahasa melayu.. sighh.. apa kata diorg reka benda2 yang orang putih reka pastu kasi nama sendiri ah.. tak payah nak pinjam bahasa inggeris. sighh.

    mentaliti melayu nih.. sighh.. our uncles and unties yang had to learn the malay terms after they changed it from english pun kena struggle tapi okay je.. susah sekarang, senang di kemudian hari la.. if his children dapat 50% from 90% they must be really dumb.. sighh.. maths boleh dapat A takkan english tak boleh dapat A kot.. do not salah kan the language..

    pastu nak melayu..melayu.. orang india and cina kat sini chill je kena belajar bahasa melayu. when we start seeing and living as a whole baru la boleh maju. suka sangat put other people down. rasullulah pun dulu handle madinah penuh dgn macam2 jenis orang, bangsa dan agama.. dia pun chill je. tak pula discriminate.. weiyh kau jew.. kau buddha.. etc.. sighh.. cakap tak serupa bikin ah.. mamat yang last last tu ingat melayu ni duduk dalam malaysia sorang2 je ke? ishishish..

    huuhuhuhu.

    ReplyDelete
  4. @rysa
    sedangkan orang putih jugak tetap meminjam perkataan dari bahasa arab dan greek. Kalau kita semua rajin buka buku fizik atau biologi (aku masih form 5, mungkin masih byk lagi belum tahu. sigh) dan tengok pada definisi setiap perkataan, banyak isitilah inggeris kini dipinjam dari bahasa lain.

    even english language is not cool either. Tapi, bahasa inggeris adalah lingua franca pada hari ini.

    mana mungkin bukan kita jumpa orang jepun lantas berbual dalam bahasa malaysia. Sedangkan orang putih zaman dahulu terpaksa mempelajari bahasa melayu sebab dia lingua franca.

    tapi itu mungkin pemikiran aku. ahli politikus malaysia kan lagi pintar? sigh :?

    ReplyDelete

Sila taipkan komen dengan penuh sopan. Budi bahasa budaya kita bukan? ...