Definisi Manusia ialah sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi atau dalam kata lain Homo Sapiens iaitu menurut kamus Latin bermaksud Manusia Bijak. Manakala definisi bagi Tuhan pula adalah merupakan satu entiti kewujudan yang Maha-berkuasa, Maha-mengetahui, dan Maha-Penyanyang;yang biasanya disembah oleh manusia. Dan kedua-dua definisi tersebut aku salin dan tampal terus dari Wikipedia Malaysia.
Pernah tidak kamu alami satu keadaan bila kamu sedang digelumangi kesusahan dan sudah tidak ada apa-apa lagi yang boleh membantu kamu ketika itu. Aku pasti yang jalan terakhir kamu adalah memohon bantuan kepada Tuhan mengikut kepercayaan kamu. Dan aku rasa semua orang minta bantuan dari tuhan? Sedangkan Atheist juga mempunyai Tuhan walaupun literalinya mereka menidakkan konsep Tuhan. Tuhan mereka ialah Tuhan Sains.
Tidak peduli samada kamu dari latar belakang apa pun baik banduan, orang kaya, orang politik, pendakwah, tentera, doktor, jurubina, artis dan sebagainya kita semua percaya tuhan. Tapi kebanyakkan orang, Tuhan itu hanya muncul dalam dirinya ketika kesusahan. Dan ketika itulah mereka bermandi darah air mata mengadu nasib kepada Tuhan walhal sebelum ini mereka alpa, lupa terhadap-Nya. Tapi manusia memang sentiasa ada khilafnya. Dan Tuhan itu maha pengampun selagi kamu bersungguh.
Jadi, konsep ini masih diterima. Perlu Tuhan bila ada kesusahan. Lupa Tuhan bila ditaburi kesenangan. Menyesal bila terkena.
Akibat daripada beragama, tapi tidak mengamalkan nilai dari yang dipupuk dalam agama. Bumi semakin tua, dan aku rasa kita semua perlu berubah :)
No comments:
Post a Comment
Sila taipkan komen dengan penuh sopan. Budi bahasa budaya kita bukan? ...