Thursday, June 4, 2009

Perihal Konsep bersyukur

Konsep bersyukur:
  1. Aku bersyukur kerana masih punya tuhan yang satu untuk aku luahkan setiap beluku hati.
  2. Aku bersyukur kerana kerana punya ibu bapa yang memahami.
  3. Aku bersyukur kerana kerana punya keluarga yang bahagia.
  4. Aku bersyukur kerana punya fizikal yang sempurna.
  5. Aku bersyukur kerana masih lagi diberi peluang menyedut udara segar di bumi.
  6. Aku bersyukur kerana masih lagi boleh berjalan, bercakap, berteriak seperti orang normal.
  7. Aku bersyukur kerana dapat makan makanan yang sedap-sedap.
  8. Aku bersyukur kerana masih lagi dapat minum air yang pelbagai.
  9. Aku bersyukur kerana masih punya teman yang peduli dengan aku.
  10. Aku bersyukur kerana masih lagi dapat online facebook, myspace, friendster, blog dsb tiap-tiap hari.
  11. Aku bersyukur kerana masih ada lagi perempuan kiut yang mahu cakap kosong dengan aku.
  12. Aku bersyukur kerana masih lagi dapat menaip.
  13. Aku bersyukur kerana dapat lagi melihat dan membaca tulis-tulisan.
  14. Aku bersyukur kerana masih lagi dapat bercakap dengan kamu semua.
  15. Aku bersyukur kerana ada wang yang cukup buat masa ini.
  16. Aku bersyukur dapat tinggal di rumah yang selesa.
  17. Aku bersyukur kerana masih lagi dapat mandi air yang bersih.
  18. Aku bersyukur kerana ada bakat aku yang terendiri.
  19. Aku bersyukur kerana semua orang sayang aku.
  20. Aku bersyukur kerana masih boleh pegang kucing hari-hari.
  21. Aku bersyukur kerana dapat lagi melihat gadis-gadis comel setiap hari.
  22. Aku bersyukur kerana masih lagi dapat dengar lagu-lagu yang indah dari yang lembut ke keras.
  23. Aku bersyukur kerana masih lagi ada pencuci muka, syampu, pisau pencukur,shaving foam dan ubat gigi untuk digunakan esok hari, lusa dan tulat.
  24. Aku bersyukur kerana dapat kuasai ilmu yang orang lain jarang mahu peduli.
  25. Aku bersyukur kerana punya otak yang kreatif dan bijak.
  26. Aku bersyukur kerana masih lagi dapat mengawal emosi dengan betul.
  27. Aku bersyukur kerana masih punya peluang untuk memperbaiki kesilapan.
  28. Aku bersyukur kerana streamyx masih boleh digunakan setiap hari.
  29. Aku bersyukur kerana masih ada banyak lagi baki kredit masa berbual dalam handphone.
  30. Aku bersyukur kerana hari-hari dapat lihat senyumana kedua ibu bapa.
  31. Aku bersyukur kerana masih lagi di jalan yang benar.
  32. Aku bersyukur kerana masih lagi diberi peluang berinjak di atas sendiri.
  33. Aku bersyukur kerana aku masih lagi diberi peluang untuk menaip perihal yang sekalian kali ini.
Sebabnya banyak lagi benda yang kita dah peroleh serta nikmati dalam hidup. Tapi jarang kita ada kesedaran untuk bersyukur terhadap sesuatu. Bila kita ditimpa masalah dan musibah kita mula mencaci sumpah seranah hidup dan takdir tuhan. Tapi kita sering lupa untuk bersyukur kepada tuhan atas apa yang dia dah bagi.

Kita sebenarnya terlalu ego. Penting diri sendiri. Sigh =.=

7 comments:

  1. haha.
    torang belajar bab 'manusia perlu bersyukur' tyme agama ari ya?
    *winks*

    anyway, kita sememangnya harus bersyukur terhadap setiap rahmat yang diberikan oleh Allah SWT. -Ust. Zunaini bt Telimik

    ReplyDelete
  2. haha. ok. pa di pdah tok nang buat mek terfikir.
    knk mek sik pnh terfikir pun. XD

    ReplyDelete
  3. Innes > Sikdalah. Praktis Law Of Attraction jak tok bh. Hehe

    Froggy > Yalah ta kenak besyukor koh. Haha

    ReplyDelete
  4. yes yes semua tepat dan padat,
    semua aku support.

    syux, mun ada org nak 'boo' entri tok ko padah aku, aku dengan rela hati bunoh org ya.
    siyes tok. XDD

    ReplyDelete
  5. Sikpa, bersyukurlah masih ada orang yang sik sependapat dengan kita.
    Boringlah mun salu jak betul. Haha

    ReplyDelete
  6. hahaha aoklah
    bersyukurlahh nya sik boring bab sik salu betul.
    hahaha

    ReplyDelete

Sila taipkan komen dengan penuh sopan. Budi bahasa budaya kita bukan? ...