Saturday, April 25, 2009

Perihal Muka Depan Komuniti Art Click

Aku rasa, para forumers di Forum ArtClick Community pasti merasa kematiaan forum komuniti kita itu bukan? Tidak lagi sehangat seperti di akhir tahun lepas yang lalu di mana kadar post yang dihasilkan adalah sangat memberangsangkan setiap hari. Terima kasih kepada Encik Terabai juga yang sudi menaja forum tersebut dengan jumlah storan yang sangat besar iaitu 15GB !!

Jadi untuk tidak membazirkan kuota hosting yang sangat besar tersebut, aku ingi cuba hidupkan kembali akar tumbi domain name forum tersebut dengan membuat blog yang berkaitan dengan seni grafik, desain, web developments dan apa saja sekadar yang aku mampu.

Mungkin juga aku perlu bantuan beberapa ahli forumers lain untuk mengupdate muka depan forum tersebut. Biar meriah sikit. Buat masa ini, aku hanya tumpukan kepada link resources dan juga tutorial bagi perisian Adobe Photoshop. Aku rasa sedikit janggal hendak membuat tutorial di dalam bahasa Melayu kerana kalau kamu rajin belek-belek blog tutorial aku (cari sendiri), aku rasa menulis menggunakan bahasa inggeris itu lagi senang dan aku dapat cipta penulisan yang chill. Mungkin juga sebab aku sedikit kekok menggunakan bahasa melayu yang chill kerana aku telah biasa dengan bahasa melayu sarawak yang mungkin kamu dan kamu tidak paham.

Oke, kalau kamu mahu belajar sesuatu yang baru, mari lawati laman graphics resources terbaru au di KamekSeni.com

Saturday, April 18, 2009

Perihal 17tahun Amoi Negeri Jiran



Tajuk mungkin tidak ada kena mengena banyak dengan post ini. Cuma sedikit saja sekiranya dirujuk pada video di atas. Haha.

Aku tidak tahu samada tuan punya video tersebut berumur 17 tahun atau tidak. Tapi yang pasti dia juga tidak tinggal di kawasan berhampiran Malaysia. Cuma yang aku pasti dia seorang gadis yang cute dan menetap di Shibuya, Japan.

Kalau kamu (lelaki) tidak cair melihat telatah gadis ini, mungkin kamu perlu kenalpasti kembali kelakian kamu. Melalui pemerhatian aku, Jeerawan merupakan seorang gadis yang hyperaktif. Jika kamu menjadi ibu bapa dia, mungkin sedikit pening menjaga anak sebegini di waktu kecilnya. Kalau sudah dewasa dan berkembang dengan cantik, mungkin tidak apalah kerana dia mungkin boleh pikat mana-mana jejaka kaya di luar sana. Seperti sinetron dan juga filem Indonesia yang kamu selalu tonton.

Oke, nah satu lagi video Jeerawan untuk tontonan abang-abang yang mencari "17 Tahun Amoi Negeri Jiran":



Oh, aku sangat sukakan lagu dalam video tersebut. Mungkin bukan jenis irama kegemeran aku, tapi kalau lagu sebegini digabungkan bersama gadis comel seperti Jeerawan pastilah sesuatu yang fantastik bukan? Haha

p/s: Mungkin juga Jeerawan akan berhasil mengalahkan Magibon di Youtube nanti. Kita tunggu dan lihat sajalah perjuangan gadis-gadis comel (17tahun Amoi Negeri Jiran) dari Jepun ini di alam maya khususnya di Youtube ini. Mungkin Melayu Boleh juga?

Perihal Kami Anak Malaysia



Aku jumpa video ini di laman Melayu Boleh Kembali. Video yang sangat menujukkan warna-warni Malaysia.

Cuma mengapa guna musik rap sahaja dalam video ini? Haha

Thursday, April 16, 2009

Perihal Manusia dan Tuhannya

Definisi Manusia ialah sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi atau dalam kata lain Homo Sapiens iaitu menurut kamus Latin bermaksud Manusia Bijak. Manakala definisi bagi Tuhan pula adalah merupakan satu entiti kewujudan yang Maha-berkuasa, Maha-mengetahui, dan Maha-Penyanyang;yang biasanya disembah oleh manusia. Dan kedua-dua definisi tersebut aku salin dan tampal terus dari Wikipedia Malaysia.

Pernah tidak kamu alami satu keadaan bila kamu sedang digelumangi kesusahan dan sudah tidak ada apa-apa lagi yang boleh membantu kamu ketika itu. Aku pasti yang jalan terakhir kamu adalah memohon bantuan kepada Tuhan mengikut kepercayaan kamu. Dan aku rasa semua orang minta bantuan dari tuhan? Sedangkan Atheist juga mempunyai Tuhan walaupun literalinya mereka menidakkan konsep Tuhan. Tuhan mereka ialah Tuhan Sains.

Tidak peduli samada kamu dari latar belakang apa pun baik banduan, orang kaya, orang politik, pendakwah, tentera, doktor, jurubina, artis dan sebagainya kita semua percaya tuhan. Tapi kebanyakkan orang, Tuhan itu hanya muncul dalam dirinya ketika kesusahan. Dan ketika itulah mereka bermandi darah air mata mengadu nasib kepada Tuhan walhal sebelum ini mereka alpa, lupa terhadap-Nya. Tapi manusia memang sentiasa ada khilafnya. Dan Tuhan itu maha pengampun selagi kamu bersungguh.

Jadi, konsep ini masih diterima. Perlu Tuhan bila ada kesusahan. Lupa Tuhan bila ditaburi kesenangan. Menyesal bila terkena.

Akibat daripada beragama, tapi tidak mengamalkan nilai dari yang dipupuk dalam agama. Bumi semakin tua, dan aku rasa kita semua perlu berubah :)

Saturday, April 11, 2009

Perihal dari laman Flickr


Tidak apa-apa yang menarik untuk dikongsikan. Cuma aku sudah bazirkan sedikit masa hidup (eh, bukan selalukah?) melayari laman gambar Flickr si gadis bernama Zara ini.

Aku sangat suka gambar-gambar yang dia ambil olehnya dan kecantikkannya merupakan salah satu bonus jugak mengapa aku "stalk" satu persatu gambar-gambar di dalam laman Flickr yang bertajuk "*Zara's PhotoStream". Oh, dan dia juga baru berusia lanjut 16 tahun. Kamu lihatlah sendiri profile dia.

Friday, April 3, 2009

Perihal memberi semangat pada diri sendiri


Sekitar minggu di antara pengakhiran bulan Mac dan permulaan bulan April ini, aku telah banyak belajar perkara yang sangat memantulkan pemikiran aku terhadap diri sendiri.

Aku sedang melalui saat-saat konflik pada sekitar minggu ini. Konflik jiwa. Tapi aku sudah jumpa kuncinya. Cuma, perlukan sedikit semangat agar aku dapat huraikan isi di sebalik pintu tersebut.

Aku percaya yang kalau aku inginkan sesuatu yang membuahkan hasil dalam tempoh masa yang lama tapi aku inginkan dengan cepat, aku perlu dua kali gandakan semua kerja tersebut supaya dapat di capai dalam setengah tempoh. Cuma kadang-kadang bisikan syaitan dan nafsu jiwa yang sangat melengah sistem otak untuk berdisiplin.

Sangat lemah iman seorang insan seperti aku. Tolong jangan ikut. Tapi ikut seperti kata-kata semangat dalam filem Rocky Balboa seperti video di atas.

""...It will beat you to your knees and keep you there permanently if you let it. You, me or nobody is going to hit as hard as life. But it ain't about how hard you hit, it is about how hard you can get hit and keep moving forward, how much can you take and keep moving forward. That's how winning is done!"


Dunia bukan sentiasa di disinari matahari dan pelangi (The world ain't all sunshine and raindows)