Saturday, January 31, 2009

Perihal "Bilik Siapakah?"

Aku bosan. Mugkin aku akan guna bahasa baku sepenuhnya pada blog ini seperti juga Mazlanlan pencinta seni bugil yang tidak pernah tegar. Dengan internet, kelucahan di hujung jari. Mena sik lan?

Baiklah, kembali kepada tajuk asal. Bilik Siapakah? Karya vektor kuasa perisian Adobe Photoshop CS2. Ya, aku tahu sekarang dah ada CS4. Tapi siapa peduli? Skill lebih penting dari versi terkini. Whuppsie.

Bilik Siapakah? at perihalaku.blogspot.com

Hanyalah satu karya murahan. Sedang cuba memahirkan diri bermain dengan kontras warna, pencahayaan, kecerunanan warna(gradient color) dan bayang-bayang. Haha. Nampak mudah, tapi benda yang sukar adalah untuk mendapatkan idea.

Aku berharap suatu hari nanti, aku akan berjaya mahirkan pula diri aku dengan kemahiran vektorisasi dengan menggunakan perisian Adobe Illustrator. Ya, sudah pasti versi lanun cetak rompak.

1 comment:

Sila taipkan komen dengan penuh sopan. Budi bahasa budaya kita bukan? ...