Monday, March 16, 2009

Perihal bukan Konsert Akademi Fantasia 7, tapi Waktu Bumi dan Pemanasan Global


Mungkin kamu telah tahu perihal Kempen Earth Hour ini. Tapi aku juga tahu yang masih ramai juga masih tidak ambil peduli tentang kempen sebegini. Aku merupakan seorang yang bukan sahaja mempunyai semangat patriotik pada negara sendiri, malahan terhadap bumi pun aku punya rasa patriotik. Dan aku rasa, kamu semua pun patut mempunyai rasa patriotik pada muka bumi yang kamu pijak sekarang.

Seiring dengan modenisasi dan proses urbanisasi, semakin ramai manusia lupa terhadap kesan-kesan proses pertamadunan ini terhadap alam sekitar. Dan dalam tidak sedar atau separa sedar, pengunaan serta penjanaan elektrik pada masa kini sedikit sebanyak telah menyumbang terhadap pemanasan global. Jika kamu ada belajar Pelajaran Geografi pada tingkatan 3, kamu pasti tahu bukan tentang kesan-kesan pemanasan global terhadap manusia. Begitu juga sekiranya kamu menumpukan perhatian terhadap pelajaran guru Biologi di bawah PPSMI ketika tingkatan 4, kamu akan sedar betapa proses ini menganggu ekosistem bumi bukan?

Jadi, itulah misi Kempen Earth Hour di mana kamu diberi dua pilihan untuk mengundi. Padam lampu anda jika anda sokong bumi dan biarkan lampu anda dibuka untuk menonton Akademi Fantasia 7 pada malam sabtu 28 Mac ini yang sekaligus menandakan bahawa anda menyokong pemanasan global.

Pernahkah kamu mendengar pepatah melayu "Sepakat membawa Berkat"? Dan itulah juga misi kempen ini. Aku suka perkataan ini yang terdapat di laman sesawang mereka "None of us are as powerful as all of us". Jika hanya seorang sahaja yang berjuang, masakan kita boleh mencapai kejayaan bukan? Apakata kamu tonton dahulu video di bawah ini.



Persetankan siapa diri kamu, apa bangsa kamu, apa warna kulit kamu dan apa-apa sahaja yang bisa membezakan diri kamu dengan orang lain. Apa yang penting, kita sedang berpijak pada tanah yang sama iaitu bumi. Oleh itu, marilah kita sama-sama menutup lampu selama satu jam pada 28 Mac ini bermula pada pukul 8.30 pm hingga 9.30 pm. Satu jam bukanlah satu masa yang lama. Mungkin kamu hanya ketinggalan setengah jam untuk menonton Konsert Akademi Fantasia 7. Tapi bukankah ada siaran ulangan. Dan selamatkan bumi adalah lebih penting bukan?

Aku rasa, cukup sekadar ini sahaja untuk aku petik. Kamu boleh baca serta menyatakan sokongan kamu pada kempen ini di laman rasmi mereka: Earth Hour Vote. Dan aku percaya pilihan terletak di tangan kamu. Ini merupakan perihal yang patut kamu kisahkan. Bukan buat tak endah.

p/s: Aku juga memadamkan lampu pada blog ini. Sama-sama kita menukar latarbelakang blog kita kepada warna hitam :)

4 comments:

  1. yeah. baru dua. mari lagi kawan kawan. hitamkan blog anda.

    ReplyDelete
  2. btw bro, untuk informasi sahaja. kalau sesiapa yang ingin turut serta, sila mendaftar dengan Earth Hour Malaysia di http://www.earthhour.org/malaysia

    ReplyDelete
  3. oi syuxx... Aku plah pa nk dsruh..
    kau tek??

    ReplyDelete
  4. @KhairuAqmal
    oke bruh!

    @Terbilang Forces
    28 March kelak bok polah le.
    dalam 2 weeks tok adalah minggu propaganda.
    masa untuk sebarkan ideologi.
    lets do the great flashmobbing in this 280308 !!

    ReplyDelete

Sila taipkan komen dengan penuh sopan. Budi bahasa budaya kita bukan? ...