Saturday, March 14, 2009

Perihal "Laman web muat turun media yang aku suka"


Mungkin entri kali ini ada berbaur haram sedikit. Tapi bagi golongan seperti aku benda ini sedikit makruh sahaja. Berbalik kepada tajuk, hari ini aku ingin kongsikan beberapa lama menyedut dan memuat turun album lagu dan mp3 secara gratis(percuma).

Mungkin alasan percuma adalah tidak munasabah kerana kamu masih perlu bayar bil elektrik dan screamyx kamu. Jadi, anggap saja sedikit murah.

Kebanyakkan laman yang aku senaraikan dibawah mempunyai citarasa musik yang aku suka. Mungkin laman-laman muat turun media di bawah tidak menepati citarasa kamu. Akukan suka bunyi-bunyi renut yang ganas sedikit. Jadi, bagi peminat mawi, siti nurhaliza dan akademi fantasia 7 sekalian ini mungkin bukan untuk kamu.

Baiklah, cukup bercakap (enough said!) di bawah ini aku senaraikan laman-laman tersebut beserta dengan alamatnya sekali. Rajinkan diri melawat mereka. Mungkin kamu suka:

1. Alternative2Punk
Aku sangat suka laman ini. Sangat kemas susunannya dan senang bagi para pelayar maya seperti aku untuk mencari apa yang mereka kehendaki. Selain daripada menyediakan muatturun cetak rompak, laman ini turut memberi sedikit informasi berkenaan album serta artis tersebut. Bagi para artis bawah tanah, ini sudah cukup bagus.

2. When Panthers Attack
Aku sangat suka desain laman ini. Minimalis dan sangat kemas. Tiada deskripsi yang panjang bagi sesuatu album. Cuma senang bagi kamu untuk memuat turun lagu-lagu tersebut dengan klik pada muka album artis tersebut.

3. Entre Horizontes
Laman ini banyak menyediakan renut-renut lagu berunsurkan rock dan alternative rock yang trend kininya dipanggil "Indie Rock" bagi kalangan muda-mudi abad21. Tapi, yang paling aku suka laman ini menyediakan alamat muat turun melalui mediafire. Aku sangat gila suka dengan mediafire kerana khidmat mereka yang ringkas, tidak banyak iklan dan tiada masa menunggu yang lama bagi pengguna biasa. Tidak seperti rapidshare yang kadang-kadang tahi.

4. Irfan Arsandi Site!
Salah satu laman kegemaran aku untuk memuatturun album-album dan mp3 yang aku suka. Banyak artis-artis yang aku tidak kenali dan tidak pernah aku dengar aku dapat kenali dan dengar melalui laman ini. Kan aku dah kata, laman sebegini sangat positif bagi artis bawah tanah kerana senang mengetahui kamu melalui laman-laman sebegini. Kita bukannya Miley Cyrus ataupun Jonas Brothers untuk keluar di kaca Kapitalis Disney.

5. Hardcore & More
Boleh aku kata yang kebanyakkan band-band berunsur hardcore yang aku dengar aku mula ketahui dari laman ini. Baik, kamu boleh panggil aku poser tapi siapa kisah? Siapa kamu untuk diskriminisi sama bunyi? Tapi laman ini memang bagus. Ombie memang bijak dalam mengatur lamannya ini. Banyak jenis genre lagu dan bunyi renut yang kamu boleh perolehi dari laman ini. Terutama yang belum pernah kamu dengar lagi.

6. Noise Corporation
Aku suka lama ini kerana mereka menyediakan khidmat muat turun melalui laman mediafire. Sangat menarik. Walaupun kelihatan sedikit serabut tetapi banyak jenis-jenis genre yang kamu boleh perolehi dari sini. Aku mula mengenali nintendocore melalui laman ini. Sangat menarik.

Baiklah, sekadar itu saja yang mampu aku kongsikan. Kalau boleh, sekiranya kamu jumpa album-album artis kamu sudah dengar dan kamu rasa lagunya sangat bagus maka belilah. Kerana indahnya kita mendengar apa yang dimuat turun adalah tidak sama dengan apa yang kamu dengar dengan menggunakan wang kamu sendiri. Percayalah!

1 comment:

  1. aku pun suka laman web ini sebab sususnan dia teratur memudahkan pencarian

    ReplyDelete

Sila taipkan komen dengan penuh sopan. Budi bahasa budaya kita bukan? ...